
KPF4023
BAB 1
KONSEP DAN
PENGERTIAN
PENGURUSAN BILIK DARJAH
1.1 PENGENALAN
Secara konseptualnya, pengertian bagi pengurusan kurikulum dalam bilik darjah adalah terbahagi kepada dua iaitu :
i. Pengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjah membawa maksud matlamat yang bertujuan menyediakan persekitaran yang produktif dan kondusif kepada pelajar dalam bilik darjah.
​
ii. Pengurusan kurikulum
Pengurusan kurikulum membawa maksud amalan guru dalam mentransformasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan melalui kurikulum kebangsaan ke dalam proses merancang, melaksanakan dan menilai pengajaran.
​
Pengurusan Kurikulum dalam Bilik Darjah bermaksud amalan atau peranan guru dalam mentransformasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan melalui kurikulum kebangsaan ke dalam proses merancang, melaksanakan dan menilai pengajaran dalam bilik darjah.
​