top of page

1.3 Interaksi Pengurusan, Kurikulum dan Bilik Darjah

Pendidikan, kurikulum dan pengurusan kurikulum mempunyai hubungan atau perkaitan antara satu sama lain. Berikut adalah komponen perkaitannya. 

Pengurusan

Pengurusan ialah satu proses sosial yang dibentuk untuk mendapatkan kerjasama, penyertaan dan penglibatan ahli-ahli dalam sesebuah organisasi untuk mencapai matlamat (Peter F. Drucker,1992). Teacher as a ‘manager’: make appropriate choices of goals, materials, and learning processes for students. One who is principally responsible for making in the actual desision as to which strategy and which material are best suited for a particular student or a group of them (Ambrose A. Clegg, 1973).

Kurikulum

Kurikulum merupakan pengisian pendidikan yang mencakupi pengetahuan, kemahiran, nilai, budaya dan kepercayaan yang dirancang untuk diwariskan kepada generasi yang seterusnya.

Bilik Darjah

Bilik darjah merupakan satu organisasi yang sangat mudah yang terdiri daripada guru dan sekumpulan pelajar dalam lingkungan umur yang sama dan mempunyai matlamat dan harapan yang sama. Pada hari ini bilik darjah merupakan satu unit sosial dalam sebuah organisasi sekolah dan telah menjadi semakin kompleks kerana melibatkan beberapa orang tertentu seperti pengetua, ibu bapa dan pengurusan sekolah yang berperanan memberi sokongan selain dari bentuk pengajian seperti menetapkan matlamat, memperuntukkan sumber dan mengarah tujuan.

Pengurusan Kurikulum

Pengurusan kurikulum: The process consists of managing what students are expected to learn, evaluating whether or not it was learned, and seeking ways to improve student learning. Set reka bentuk aktiviti yang distrukturkan untuk menilai dan mengubahsuai kurikulum yang digunakan. Melibatkan proses: pemetaan kurikulum, analisis struktur & kandungan, pentaksiran dan penilaian

Pengurusan Bilik Darjah

Pengurusan bilik darjah merujuk kepada set tingkah laku guru yang meliputi pelbagai aspek di mana guru akan membentuk dan mengekalkan kondisi pembelajaran seperti diharapkan. Lemlech (1988), mengibaratkan pengurusan bilik darjah sebagai okestra dalam kehidupan di bilik darjah yang memerlukan pembentukan kurikulum, penyelenggaraan prosedur dan sumber pengajaran.

Kurikulum Bilik Darjah

Kurikulum bilik darjah: A classroom curriculum can be described as the teaching and learning that takes place in classrooms and other education setting. At the heart of the classroom curriculum are teacher’ decisions based on evidence about student learning and effective practice.

Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah

Pengurusan kurikulum bilik darjah ialah merancang kurikulum, mengorganisasi prosedur dan sumber, Menyusun atur persekitaran untuk memaksimumkan kecekapan, memantau kemajuan pelajar dan menjangka kemungkinan masalah.

Kesimpulan

Kesimpulannya, pengurusan dan kurikulum merupakan dua disiplin ilmu yang digabungkan. Kurikulum perlu diuruskan dengan sistematik supaya matlamat dan objektif tercapai secara berkesan. Manakala bilik darjah merupakan prasarana yang diadakan di institusi pendidikan sebagai ruang tempat berlakunya proses mengurus kurikulum. Bilik darjah yang kondusif menjadikan penterjemahan kurikulum dapat dilaksanakan dengan selesa dan berjaya

bottom of page