

1.4 Hubungkait Kurikulum
Kebangsaan, Kurikulum Sekolah
dan Kurikulum Bilik Darjah
.png)
Kurikulum kebangsaan, kurikulum sekolah, dan kurikulum bilik darjah saling berkait dan bekerja bersama dalam pendidikan. Kurikulum kebangsaan adalah kerangka dasar yang ditetapkan oleh kerajaan untuk mengatur pembelajaran di dalam negara. Kurikulum sekolah adalah implementasi dari kurikulum kebangsaan di setiap sekolah, di mana kandungan pelajaran dan aktiviti kokurikulum ditentukan. Sementara itu, kurikulum bilik darjah adalah implementasi lebih lanjut dari kurikulum sekolah di peringkat kelas atau bilik darjah, di mana guru merancang pembelajaran harian dan memilih kaedah pengajaran yang sesuai. Justeru, ketiga kurikulum tersebut saling berkait dan melengkapi untuk mencapai pendidikan yang holistik dan berkesan. Perkara ini dapat dilihat berdasarkan rajah di atas.
KURIKULUM KEBANGSAAN
-
Kurikulum ideal dan rasmi yang dihasratkan iaitu suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan yang membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi inteleki, rohani, emosi dan jasmani serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang dingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.
-
Peringkat pelaksanaan: Peringkat negara dan secara seragam.
-
Contoh: Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) & Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM).
KURIKULUM SEKOLAH
-
Kurikulum sebenar yang dilaksanakan pada peringkat institusi berpandukan kepada kurikulum kebangsaan.
-
Peringkat pelaksanaan: Peringkat sekolah/ institusi.
-
Contoh: Kurikulum Sekolah Sukan/ Kurikulum Sekolah Seni/ Kurikulum Kolej Vokasional/ Kurikulum Sekolah Agama.
KURIKULUM BILIK DARJAH
-
Kurikulum yang dioperasikan oleh guru-guru pada peringkat bilik darjah menerusi perancangan, pelaksanaan dan penilaian pengajaran dan pembelajaran. Guru-guru menterjemahkan hasrat pendidikan negara menerusi pengajaran mata pelajaran.
-
Peringkat pelaksanaan: Peringkat bilik darjah/ kelas.
-
Contoh: Kurikulum Matematik/ Sejarah/ Sains/ Bahasa Inggeris/Geografi