top of page

1.5 Aplikasi Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah

Pengurusan bilik darjah melibatkan tiga tahap yang saling berkait iaitu Perancangan, Pelaksanaan dan Penilaian.

Perancangan 

  • Mentafsir Falsafah Pendidikan Kebangsaan

  • Mentafsir Kurikulum Kebangsaan

  • Menganalisis DSKP

  • Membina RPT dan RPH berdasarkan DSKP

  • Merancang aktiviti pembelajaran yang sesuai, berkesan dan menarik yang akan dilakukan dalam bilik darjah.

  • Merancang matlamat pembelajaran, bahan pengajaran, dan strategi pengajaran yang sesuai dengan keperluan pelajar.

Pelaksanaan

  • Pengoperasian PdP bagi memastikan standard pembelajaran tercapai.

  • Guru melaksanakan pemilihan kaedah, strategi dan aktiviti berkesan

  • Guru memberi fokus kepada aspek Set Induksi, Perkembangan dan Penyoalan

  • Menggunakan teknik yang sesuai untuk penghantaran mesej yang berkesan

Penilaian

  • Proses penilaian dilakukan untuk menentukan sejauh manakah standard pembelajaran telah tercapai.

  • Penilaian kemajuan dan pencapaian pelajar berdasarkan aktiviti pembelajaran yang telah dilaksanakan.

  • Kaedah penilaian sama ada sumatif atau formatif seperti seperti ujian, tugasan, dan pemerhatian untuk menilai pemahaman dan kemahiran pelajar.

Dengan melalui ketiga-tiga tahap ini, guru dapat mengurus dan melaksanakan kurikulum bilik darjah dengan efektif dan memastikan pembelajaran yang berkualiti bagi pelajar.

bottom of page