
1.6 Peranan Guru dalam Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah Berkesan


Ketuhanan
-
Menganjurkan peningkatan ilmu, penghayatan dan amalan individu sebagai insan yang pervaya dan patuh kepada kepada ajaran agama.
-
Usaha membina kekuatan dan ketahanan diri berasaskan kepercayaan kepada Tuhan dan kesejahteraan Masyarakat.
-
Membetulkan niat sebagai guru yang Ikhlas dan jujur
-
Menyampaikan ilmu yang benar
-
Amanah dengan tanggungjawab
-
Mensepadukan ilmu kepada ketuhanan
Pengajaran
-
Mentransformasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan kurikulum kebangsaan kepada amalan pengajaran dan pembelajaran berkesan di bilik darjah berpnadukan Dokumen Standard Kurikulum dan Prestasi
-
Dilaksanakan secara tersurat dan tersirat, menyeluruh dan bersepadu, gabung jalin dan penerapan
-
Perancangan yang sistematik sebelum, semasa, dan selepas proses pengajaran dan pembelajaran
-
Mengurus pengajaran yang dapat menciptakan situasi belajar yang memungkinkan tercapainya tujuan pengajaran yang telah ditentukan
-
Mempamerkan diri sebagai sumber pembelajaran menerusi teladan


Profesional
-
Sentiasa peka terhadap segala perkembangan dasar Pendidikan daripada pelbagai segi
-
Meningkatkan kecekapan ikhtisas menerusi pembacaan, seminar, bengkel dan Latihan professional
-
Berfikiran kreatif untuk mencipta inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran seiring dengan perubahan zaman
-
Menganggotai mana- mana badan & persatuan berkaitan akademik pada peringkat dalam dan luar negara
-
Menjalinkan kolaboratif dengan individu, agensi dan pertubuhan berkaitan akademik dan ikhtisas pada peringkat dalam dan luar negara
Penyelidikan
-
Membantu meningkatkan kualiti pengajaran yang berkesan, mengenalpasti dan menyelesaikan masalah pembelajaran murid- murid, membangunkan potensi murid dan membina kemahiran insaniah dalam diri murid
-
Mengenalpasti, menyelesaikan masalah pengurusan kurikulum bilik darjah dan mengambil tindakan penambahbaikan dan meningkatkan keberkesanan pengajaran
-
Refleksi amalan dan mengambil Tindakan penambahbaikan dan meningkatkan keberkesanan pengajaan dan pembelajaran

Perundingan
-
Kepakaran membuat perkiraan, telahan, dan pertimbangan yang baik bagi membuat Keputusan yang tepat berkaitan dengan kurikulum bilik darjah. Hal ini merupakan elemen penting dalam usaha untuk membmbing dan memberi tunjuk ajar kepada murid- murid dan rakan sejawat kearah mencapai matlamat Pendidikan. Secara langsung bagi tujuan untuk mendapatkan impak serta produktiviti yang kompetetif.

Kejayaan Pendidikan mencapai matlamat bergantung kepada kurikulum dan kejayan pelaksanaan kurikulum pula bergantung kepada keberkesanan peranan guru dilaksanakan oleh guru- guru dalam menterjemahkannya di bilik darjah. Oleh itu, guru- guru mestilah sedar bahawa peranan dan tanggungjawab yang begitu besar dalam memastikan matlamat Pendidikan negara tercapai.