top of page

1.2 Konsep dan Pengertian Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah

Kurikulum

  • Wojtczak, A. (2002) - Rancangan pendidikan yang menyatakan matlamat dan objektif yang harus dicapai, topik yang harus dibincangkan dan kaedah yang akan digunakan untuk pembelajaran, pengajaran dan penilaian. 

  • Mohd Daud (1993)- Unsur budaya / pengetahuan dikenalpasti dengan harapan memandu guru mengajar kumpulan murid tertentu. 

Kurikulum
Kebangsaan 

  • Akta Pendidikan 1996 - Suatu program pendidikan termasuk kurikulum dan kokurikulum merangkumi semua pengetahuan, kemahiran dan norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan yang membantu perkembangan murid sepenuhnya dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani serta untuk menanam dan mempertingkatkan moral.

Kurikulum 

Sekolah 

  • Valiga & Magel (2001)- Urutan pengalaman yang ditetapkan oleh sekolah untuk mendisiplinkan cara berfikir dan bertindak.

  • Abdullah & Ahmad Jaffin (1992)- Semua pengalaman pembelajaran yang dirancang oleh guru-guru untuk murid-muridnya di sekolah. 

Kurikulum 
Bilik Darjah 

  • Pratt (1994) - Kurikulum bermaksud rancangn untuk meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran.

  • Hirst (1975)- Kurikulum sebagai suatu subjek yang mengandungi aktiviti pembelajaran dan disusun oleh guru untuk membolehkan murid-murid mencapai objektif yang telah ditentukan. 

Pengurusan 

Kurikulum 

  • Clare (2014) - Set reka bentuk aktiviti yang distrukturkan untuk menilai dan mengubahsuai kurikulum yang digunakan. Melibatkan proses: pemetaan kurikulum, analisis struktur dan kandungan, pentaksiran dan penilaian. 

Pengurusan 
Bilik Darjah

  • Emmer & Sabornie (2015)- Pengurusan bilik darjah ialah proses di mana guru dan sekolah mencipta dan mengekalkan tingkah laku yang sesuai bagi pelajar dalam tetapan bilik darjah. Tujuan melaksanakan strategi pengurusan bilik darjah adalah untuk meningkatkan tingkah laku prososial dan meningkatkan penglibatan akademik pelajar.

bottom of page