7 items found for ""
- 1.2 Konsep dan Pengertian Pengurusan Kur | My Site 5
1.2 Konsep dan Pengertian Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah Kurikulum Wojtczak, A. (2002) - Rancangan pendidikan yang menyatakan matlamat dan objektif yang harus dicapai, topik yang harus dibincangkan dan kaedah yang akan digunakan untuk pembelajaran, pengajaran dan penilaian. Mohd Daud (1993)- Unsur budaya / pengetahuan dikenalpasti dengan harapan memandu guru mengajar kumpulan murid tertentu. Kurikulum Kebangsaan Akta Pendidikan 1996 - Suatu program pendidikan termasuk kurikulum dan kokurikulum merangkumi semua pengetahuan, kemahiran dan norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan yang membantu perkembangan murid sepenuhnya dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani serta untuk menanam dan mempertingkatkan moral. Kurikulum Sekolah Valiga & Magel (2001)- Urutan pengalaman yang ditetapkan oleh sekolah untuk mendisiplinkan cara berfikir dan bertindak. Abdullah & Ahmad Jaffin (1992)- Semua pengalaman pembelajaran yang dirancang oleh guru-guru untuk murid-muridnya di sekolah. Kurikulum Bilik Darjah Pratt (1994) - Kurikulum bermaksud rancangn untuk meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran. Hirst (1975)- Kurikulum sebagai suatu subjek yang mengandungi aktiviti pembelajaran dan disusun oleh guru untuk membolehkan murid-murid mencapai objektif yang telah ditentukan. Pengurusan Kurikulum Clare (2014) - Set reka bentuk aktiviti yang distrukturkan untuk menilai dan mengubahsuai kurikulum yang digunakan. Melibatkan proses: pemetaan kurikulum, analisis struktur dan kandungan, pentaksiran dan penilaian. Pengurusan Bilik Darjah Emmer & Sabornie (2015)- Pengurusan bilik darjah ialah proses di mana guru dan sekolah mencipta dan mengekalkan tingkah laku yang sesuai bagi pelajar dalam tetapan bilik darjah. Tujuan melaksanakan strategi pengurusan bilik darjah adalah untuk meningkatkan tingkah laku prososial dan meningkatkan penglibatan akademik pelajar. Seterusnya
- 1.5 Aplikasi Pengurusan Kurikulum Bilik | My Site 5
1.5 Aplikasi Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah Pengurusan bilik darjah melibatkan tiga tahap yang saling berkait iaitu Perancangan, Pelaksanaan dan Penilaian. Perancangan Mentafsir Falsafah Pendidikan Kebangsaan Mentafsir Kurikulum Kebangsaan Menganalisis DSKP Membina RPT dan RPH berdasarkan DSKP Merancang aktiviti pembelajaran yang sesuai, berkesan dan menarik yang akan dilakukan dalam bilik darjah. Merancang matlamat pembelajaran, bahan pengajaran, dan strategi pengajaran yang sesuai dengan keperluan pelajar. Pelaksanaan Pengoperasian PdP bagi memastikan standard pembelajaran tercapai. Guru melaksanakan pemilihan kaedah, strategi dan aktiviti berkesan Guru memberi fokus kepada aspek Set Induksi, Perkembangan dan Penyoalan Menggunakan teknik yang sesuai untuk penghantaran mesej yang berkesan Penilaian Proses penilaian dilakukan untuk menentukan sejauh manakah standard pembelajaran telah tercapai. Penilaian kemajuan dan pencapaian pelajar berdasarkan aktiviti pembelajaran yang telah dilaksanakan. Kaedah penilaian sama ada sumatif atau formatif seperti seperti ujian, tugasan, dan pemerhatian untuk menilai pemahaman dan kemahiran pelajar. Dengan melalui ketiga-tiga tahap ini, guru dapat mengurus dan melaksanakan kurikulum bilik darjah dengan efektif dan memastikan pembelajaran yang berkualiti bagi pelajar. Seterusnya
- 1.3 Interaksi Pengurusan, Kurikulum dan | My Site 5
1.3 Interaksi Pengurusan, Kurikulum dan Bilik Darjah Pendidikan, kurikulum dan pengurusan kurikulum mempunyai hubungan atau perkaitan antara satu sama lain. Berikut adalah komponen perkaitannya. Pengurusan Pengurusan ialah satu proses sosial yang dibentuk untuk mendapatkan kerjasama, penyertaan dan penglibatan ahli-ahli dalam sesebuah organisasi untuk mencapai matlamat (Peter F. Drucker,1992). Teacher as a ‘manager’: make appropriate choices of goals, materials, and learning processes for students. One who is principally responsible for making in the actual desision as to which strategy and which material are best suited for a particular student or a group of them (Ambrose A. Clegg, 1973). Kurikulum Kurikulum merupakan pengisian pendidikan yang mencakupi pengetahuan, kemahiran, nilai, budaya dan kepercayaan yang dirancang untuk diwariskan kepada generasi yang seterusnya. Bilik Darjah Bilik darjah merupakan satu organisasi yang sangat mudah yang terdiri daripada guru dan sekumpulan pelajar dalam lingkungan umur yang sama dan mempunyai matlamat dan harapan yang sama. Pada hari ini bilik darjah merupakan satu unit sosial dalam sebuah organisasi sekolah dan telah menjadi semakin kompleks kerana melibatkan beberapa orang tertentu seperti pengetua, ibu bapa dan pengurusan sekolah yang berperanan memberi sokongan selain dari bentuk pengajian seperti menetapkan matlamat, memperuntukkan sumber dan mengarah tujuan. Pengurusan Kurikulum Pengurusan kurikulum: The process consists of managing what students are expected to learn, evaluating whether or not it was learned, and seeking ways to improve student learning . Set reka bentuk aktiviti yang distrukturkan untuk menilai dan mengubahsuai kurikulum yang digunakan. Melibatkan proses: pemetaan kurikulum, analisis struktur & kandungan, pentaksiran dan penilaian Pengurusan Bilik Darjah Pengurusan bilik darjah merujuk kepada set tingkah laku guru yang meliputi pelbagai aspek di mana guru akan membentuk dan mengekalkan kondisi pembelajaran seperti diharapkan. Lemlech (1988), mengibaratkan pengurusan bilik darjah sebagai okestra dalam kehidupan di bilik darjah yang memerlukan pembentukan kurikulum, penyelenggaraan prosedur dan sumber pengajaran. Kurikulum Bilik Darjah Kurikulum bilik darjah: A classroom curriculum can be described as the teaching and learning that takes place in classrooms and other education setting. At the heart of the classroom curriculum are teacher’ decisions based on evidence about student learning and effective practice. Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah Pengurusan kurikulum bilik darjah ialah merancang kurikulum, mengorganisasi prosedur dan sumber, Menyusun atur persekitaran untuk memaksimumkan kecekapan, memantau kemajuan pelajar dan menjangka kemungkinan masalah. Kesimpulan Kesimpulannya, pengurusan dan kurikulum merupakan dua disiplin ilmu yang digabungkan. Kurikulum perlu diuruskan dengan sistematik supaya matlamat dan objektif tercapai secara berkesan. Manakala bilik darjah merupakan prasarana yang diadakan di institusi pendidikan sebagai ruang tempat berlakunya proses mengurus kurikulum. Bilik darjah yang kondusif menjadikan penterjemahan kurikulum dapat dilaksanakan dengan selesa dan berjaya Seterusnya
- Home | My Site 5
KPF4023 BAB 1 KONSEP DAN PENGERTIAN PENGURUSAN BILIK DARJAH 1.1 PENGENALAN Secar a konseptualnya, pengertian bagi pengurusan kurikulum dalam bilik darjah adalah terbahagi kepada dua iaitu : i. Pengurusan bilik darjah Pengurusan bilik darjah membawa maksud matlamat yang bertujuan menyediakan persekitaran yang produktif dan kondusif kepada pelajar dalam bilik darjah. ii. Pengurusan kurikulum Pengurusan kurikulum membawa maksud amalan guru dalam mentransformasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan melalui kurikulum kebangsaan ke dalam proses merancang, melaksanakan dan menilai pengajaran. Pengurusan Kurikulum dalam Bilik Darjah bermaksud amalan atau peranan guru dalam mentransformasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan melalui kurikulum kebangsaan ke dalam proses merancang, melaksanakan dan menilai pengajaran dalam bilik darjah. SETERUSNYA AHLI KUMPULAN NUR NAJWA BINTI HUSSEIN L20222014327 NURUL ATIKAH BINTI ABDUL KARIM L20222014334 NIK SYAMSINA BINTI NIK SOH L20222014297 FARHANIM BINTI MANSOR L20222014321
- 1.4 Hubungkait kurikulum kebangsaan, kur | My Site 5
1.4 Hubungkait Kurikulum Kebangsaan, Kurikulum Sekolah dan Kurikulum Bilik Darjah Kurikulum kebangsaan, kurikulum sekolah, dan kurikulum bilik darjah saling berkait dan bekerja bersama dalam pendidikan. Kurikulum kebangsaan adalah kerangka dasar yang ditetapkan oleh kerajaan untuk mengatur pembelajaran di dalam negara. Kurikulum sekolah adalah implementasi dari kurikulum kebangsaan di setiap sekolah, di mana kandungan pelajaran dan aktiviti kokurikulum ditentukan. Sementara itu, kurikulum bilik darjah adalah implementasi lebih lanjut dari kurikulum sekolah di peringkat kelas atau bilik darjah, di mana guru merancang pembelajaran harian dan memilih kaedah pengajaran yang sesuai. Justeru, ketiga kurikulum tersebut saling berkait dan melengkapi untuk mencapai pendidikan yang holistik dan berkesan. Perkara ini dapat dilihat berdasarkan rajah di atas. KURIKULUM KEBANGSAAN Kurikulum ideal dan rasmi yang dihasratkan iaitu suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan yang membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi inteleki, rohani, emosi dan jasmani serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang dingini dan untuk menyampaikan pengetahuan. Peringkat pelaksanaan: Peringkat negara dan secara seragam. Contoh: Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) & Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM). KURIKULUM SEKOLAH Kurikulum sebenar yang dilaksanakan pada peringkat institusi berpandukan kepada kurikulum kebangsaan. Peringkat pelaksanaan: Peringkat sekolah/ institusi. Contoh: Kurikulum Sekolah Sukan/ Kurikulum Sekolah Seni/ Kurikulum Kolej Vokasional/ Kurikulum Sekolah Agama. KURIKULUM BILIK DARJAH Kurikulum yang dioperasikan oleh guru-guru pada peringkat bilik darjah menerusi perancangan, pelaksanaan dan penilaian pengajaran dan pembelajaran. Guru-guru menterjemahkan hasrat pendidikan negara menerusi pengajaran mata pelajaran. Peringkat pelaksanaan: Peringkat bilik darjah/ kelas. Contoh: Kurikulum Matematik/ Sejarah/ Sains/ Bahasa Inggeris/Geografi Seterusnya Let's Get Social
- 1.6 Peranan Guru dalam Pengurusan Kuriku | My Site 5
1.6 Peranan Guru dalam Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah Berkesan Ketuhanan Menganjurkan peningkatan ilmu, penghayatan dan amalan individu sebagai insan yang pervaya dan patuh kepada kepada ajaran agama. Usaha membina kekuatan dan ketahanan diri berasaskan kepercayaan kepada Tuhan dan kesejahteraan Masyarakat. Membetulkan niat sebagai guru yang Ikhlas dan jujur Menyampaikan ilmu yang benar Amanah dengan tanggungjawab Mensepadukan ilmu kepada ketuhanan Pengajaran Mentransformasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan kurikulum kebangsaan kepada amalan pengajaran dan pembelajaran berkesan di bilik darjah berpnadukan Dokumen Standard Kurikulum dan Prestasi Dilaksanakan secara tersurat dan tersirat, menyeluruh dan bersepadu, gabung jalin dan penerapan Perancangan yang sistematik sebelum, semasa, dan selepas proses pengajaran dan pembelajaran Mengurus pengajaran yang dapat menciptakan situasi belajar yang memungkinkan tercapainya tujuan pengajaran yang telah ditentukan Mempamerkan diri sebagai sumber pembelajaran menerusi teladan Profesional Sentiasa peka terhadap segala perkembangan dasar Pendidikan daripada pelbagai segi Meningkatkan kecekapan ikhtisas menerusi pembacaan, seminar, bengkel dan Latihan professional Berfikiran kreatif untuk mencipta inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran seiring dengan perubahan zaman Menganggotai mana- mana badan & persatuan berkaitan akademik pada peringkat dalam dan luar negara Menjalinkan kolaboratif dengan individu, agensi dan pertubuhan berkaitan akademik dan ikhtisas pada peringkat dalam dan luar negara Penyelidikan Membantu meningkatkan kualiti pengajaran yang berkesan, mengenalpasti dan menyelesaikan masalah pembelajaran murid- murid, membangunkan potensi murid dan membina kemahiran insaniah dalam diri murid Mengenalpasti, menyelesaikan masalah pengurusan kurikulum bilik darjah dan mengambil tindakan penambahbaikan dan meningkatkan keberkesanan pengajaran Refleksi amalan dan mengambil Tindakan penambahbaikan dan meningkatkan keberkesanan pengajaan dan pembelajaran Perundingan Kepakaran membuat perkiraan, telahan, dan pertimbangan yang baik bagi membuat Keputusan yang tepat berkaitan dengan kurikulum bilik darjah. Hal ini merupakan elemen penting dalam usaha untuk membmbing dan memberi tunjuk ajar kepada murid- murid dan rakan sejawat kearah mencapai matlamat Pendidikan. Secara langsung bagi tujuan untuk mendapatkan impak serta produktiviti yang kompetetif. Kejayaan Pendidikan mencapai matlamat bergantung kepada kurikulum dan kejayan pelaksanaan kurikulum pula bergantung kepada keberkesanan peranan guru dilaksanakan oleh guru- guru dalam menterjemahkannya di bilik darjah. Oleh itu, guru- guru mestilah sedar bahawa peranan dan tanggungjawab yang begitu besar dalam memastikan matlamat Pendidikan negara tercapai. Seterusnya
- 1.7 Rumusan | My Site 5
1.7 Rumusan Matlamat pendidikan hendakalah dihayati dan difahami oleh semua, untuk memahami kurikulum. Hal ini demikian kerana kurikulum kini adalah selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk membantu perkembangan seseorang murid. Terima kasih!